Tuesday 11 October 2011

Selamat mencuci mata kepada semua


Reaksi aku lepas tengok : 

Tuesday 9 August 2011

Wednesday 3 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Bilik Aku: Dah lama tak update blog ni sebab aku malas untuk menaip dan malas untuk berfikir. Sekarang dah puasa ke 3 dan harap penuh lah puasa korang ye. Sekarang aku nak pergi PaRam (Pasar Ramadhan) carik mubarak murtabak dengan Air Tiger Tembikai.

Friday 8 July 2011

Sam & Dan Games: Play PTD!

Sam & Dan Games: Play PTD!: "Play the latest version of the game right here on Sam and Dan's Site. We always have the latest update available the second it's done! Enjo..."

Thursday 23 June 2011

Magic Carpet

Ni produk dari pada Deutschland, simple tapi kreatif!






Kalau ada kat sini, aku dah beli dah. Sos

Saturday 11 June 2011

KETAGIHAN BARU UMAT MANUSIA

Di London, saintis mengeluarkan fakta yang ketagihan akan internet dan telepon bimbit dah menyerupai ketagihan merokok. Hal ini didapati daripada kajian terhadap ratusan pelajar di 12 universiti seluruh dunia.

Para pelajar dilarang membuka emel, sms, facebook, twitter selama 24 jam. Mereka hanya dibenarkan membaca buku dan menelefon telefon rumah atau telefon awam menggunakan duit syiling yang dijumpai dibawah katil. Ok bab telefon awam aku saje tambah. Pelajar-pelajar itu harus menulis pengalaman mereka dalam masa 24 jam itu di dalam diari.



Hasilnya amat mengejutkan dan para saintis membuat adegan terkejut seperti filem tamil. Pelajar yang mengikuti survey itu merasa aneh dalam sehari itu. Beberapa pelajar mengaku seperti berada di dalam tahap penyembuhan dari candu. Pelajar yang lain mengatakan mereka seperti berdiet terhadap teknologi.

Gejala ini dinamakan para saintis sebagai 'Information Deprivation Disorder'. Selepas bertelagah sesama mereka kerana ada yang ingin menama kan gejala ini 'OK Computer'. OK aku tipu. "Kami melihat hasilnya. Ini bukan hanya penyakit psikologi, tapi sudah masuk tahap penyakit fizikal." katanya si Dr Roman Gerodimos dari Universiti Bournemouth.

"Ini menunjukkan bagaimana teknologi moden dan media moden sudah mengubah hidup manusia." katanya lagi tak habis habis.

"Uniknya, para mahazizwa mengaku merasa gelisah. Tangan mereka selalu mencari-cari telefon di tempat yang biasanya diletakkan padahal! telefon itu tidak ada di sana," katanya lagii.


Meski demikian, kajian juga membuahkan hasil positif. Beberapa mahazizwa mengubah kebiasaan mereka dengan berjalan jalan ke luar, melawat rakan mereka, bermain polis and thief, bermain nyorok-nyorok berbanding seharian duduk di depan komputer.


"Apa yang mengejutkan dari penelitian ini adalah fakta yang tak berapa nak auta bahawa ternyata manusia saat ini mempunyai ketergantungan tinggi terhadap teknologi." katanya..

Ada beberapa tingkatan ketagihan yang dilaporkan. Beberapa mahazizwa mengaku merasa kehilangan telepon bimbit mereka. Sejumlah mahazizwa yang lain mengatakan mereka rindu dengan Facebooknya. Namun yang paling besar adalah mahazizwa tidak boleh mendengar muzik dari alat mereka. ALAT???

"Mahazizwa mengatakan mereka tidak suka suasana sunyi. Mereka merasa tidak selesa dan aneh" katanya lagi lagi lagi.


Melihat hasil ini, para para sakura saintis mengatakan manusia harusnya boleh mengawal kesan teknologi terhadap dirinya sendiri. "Ada baiknya kita melepaskan diri dari ketagihan ini minimum sehari dalam setahun, kalau tak sembahyang apa gunanya." usul Gerodimos.


*gambar adalah sekadar hiasan
*aku google 'mexican scientist' jumpa muka abang hensem tu